Friday, May 29, 2009
Nasi Lemak Cintaku..:-)
Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)
Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)
Garam secukup rasa
Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat
Untuk memasak nasi:
Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya. Buangkandaun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.
Untuk membuat sambal: Giling kelima -lima bahan yang pertama.Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.Buangkan serai. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.
Wednesday, May 27, 2009
Kek Buah
Sumber : Chef Tania
Gambar : Lynn Sham
Bahan A
500 gm Mix Fruits di gaul dgn 2sudu makan tepong gandum hingga rata
Bahan B
250 gm Butter
150 gm Caster sugar
1 sudu makan Ovalett
5 biji Telor besar
230 gm Top Flour
1 sudu teh Baking Powder
1 sudu teh Orange Essence
1 sudu teh Pudding Essence jika tiada gantikan dgn Vanilla essence sahaja
Cara nya
- Satu kan butter, gula, essence dan ovalett pukul dgn high speed sampai kembang dan masukan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi sampai sebati.
- Satukan Tepong Top dan B Powder di ayak dan masukan sedikit demi sedikit pada adunan 1. dan aduk sebati gunakan wooden spoon.
- Akhir sekali masukan mix fruits dan di gaul rata.
- Siapkan acuan 9 inci bulat di sapu butter dan alas kertas, isi kan adonan tadi.
- Panaskan Oven dgn suhu 160 dan bakar kek selama 1 jam 1/2 atau hingga masak.
kek pisang kukus
Sumber : Sabrina Bakar
Bahan-bahan
2 cawan tepung kek naik sendiri
1/2 sudu teh bikarbonat soda
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas yang dilenyek
1/2 cawan minyak
Sedikit esen pisang
Cara
1. Pukul telur dengan gula sehingga gula hancur.
2. Masukkan pisang + esen.
3. Masukkan minyak.
4. Akhir sekali masukkan tepung kek naik sendiri + soda bikarbonat (yg telah di ayak)
5. Kukuskan
blueberry cheese cake
Sumber : Hanieliza
Bahan A -Base Biskut
120 gm biskut chipsmore
2 s/b butter
Cara
1. Mesinkan halus biskut.
2. Gaulkan dengan butter sehinga boleh dikepal.
3. Masukkan dalam loyang springform 8 inci bulat yg telah dilapikkan kertas minyak.
4. Tekan adunan dan bakar pada suhu 150'C selama 10 minit.
Bahan B - Filling
250 gm krim keju Philidephia
70 gm butter
120 gm fresh cream
120 gm gula halus
50 gm tepung jagung
30 gm tepung superfine
1 s/teh esen vanilla
4 biji telur ayam [asingkan kuning dan putih telur]
2 s/b blueberry filling
Topping
Filling blueberry..
[bolih dibeli siap dari kedai alat kueh/kek atau dalam tin dari supermarket. ]
Cara
1. Panaskan oven 150 C selama 5 minit. ...
2. Pukul putih telur sehingga naik gebus saperti bueh sabun. Pastikan tiada kuning telur tercampur dalam adunan putih telur...dan juga pemukul telur kering dari minyakatau air.]
3. Pukulkan keju kerim, butter, gula dan frsh cream/whipping cream sehingga gebu.
4. Masukkan kuning telur satu persatu dan esen vanila. Pukul lagi sehinggga rata.
5. Ayakkan kedua-dua jenis tepung.
6. Dengan menggunakan senduk kayu masukkan tepung dan kacau rata.
7. Buat teknik kaup-balikkan adunan.
8. Masukkan adunan putih telur dan gaulkan rata. Masukkan pula blueberry dan kacau rata.
9. Masukkan adunan dalam loyang yg telah ada biskut base.
10 .Bakar pada suhu 150'C selama 70 - 75 minit
11. Bila telah amsak biarkan didalam oven selama beberapa jam.
12. Sejukkan kek dalam peti sejuk untuk 4- 5 jam lagi.
marble choc cheese
Bahan A
180 gm. Butter
20 gm. cocoa powder - ayak
170 gm. Gula castor
3 biji telor
120 gm. tepong naik Sendiri - ayak
1 tsp. baking powder - ayak
Bahan B
250 gm. cream cheese
60 gm. gula castor
1 tsp. vanilla essence
1 biji telor
Cara Membuatnya
1. Pukul butter and gula.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji.
3. Masukkan tepong, cocoa dan baking powder yang telah di ayak.
4. Di sebuah bekas yang lain, pukul kesumua bahan bahan B hingga kembang.
5. Tuang 1 bahagian adunan A kedalam loyang berukuran 7" dan ratakan. Kemudian tuangkan semua adunan bahan B. Ratakan permukaan loyang.
6. Tuangkan baki adunan A.
7. Bakar di oven 160 deg C - selama 60 mins.
8. Setelah masak tunggu hingga betul betul sejuk sebelum dipotong dan hidang.
9. Selamat mencuba.
Nota :-
Kek ini dikukus selama <>1jam.
Kek ini boleh dimasak menggunakan kaedah bakar atau pun kukus. Jika dibakar gunakan kaedah steambath kerana jika tidak kek akan menjadi sedikit kering.
Kek ini disarankan untuk dikukus sahaja kerana ia akan lebih moist dengan kadah ini.
Sunday, May 24, 2009
puding caramel
4 bj telur
1 tin susu cair ideal
1 cwn gula
masak gula sampai hangus..
asingkan,letak lam acuan
mix roti + telur + susu cair
then..letak lam acuan yg ade gula tadi..
kukus..
smpai masak..